Lebih 24,069 peserta didedah pengurusan bencana

Lebih 24,069 peserta didedah pengurusan bencana

AHMAD Zahid Hamidi pada majlis pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2023 (BKN 2023) di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 24,069 peserta terdiri daripada kelompok komuniti umum, belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat luar bandar dilibatkan dalam
program pengurusan bencana.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, program dikenali sebagai Program Community-Based Disaster Risk Management (CBDRM) adalah sebahagian usaha bagi membudayakan pengurusan bencana kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata, jumlah peserta itu diperoleh setakat September lalu dan ia meningkat sebanyak tiga peratus berbanding 23,405 orang pada tahun lalu.

“Peserta program itu adalah satu penanda aras negara bagi mengupayakan komuniti dan mengurangkan kebergantungan kepada agensi-agensi responder dalam bencana berskala kecil dan sederhana.

“Tumpuan juga diberikan kepada golongan mudah terancam bencana iaitu wanita dan kanak-kanak, malah ia turut menumpukan kawasan kerap bencana seperti di Yan, Georgetown, Hulu Langat, Kundasang dan Tumpat,” katanya ketika berucap ketika majlis pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2023 (BKN 2023) di sini, hari ini.

Katanya, beliau juga mahu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) supaya memanfaatkan pengurusan teknologi dan maklumat bencana terintegrasi sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada sumber manusia.

Ahmad Zahid berkata, semua pihak perlu mengakui bahawa perkembangan teknologi yang pesat seperti IR 4.0 dapat membantu meringankan beban pengurusan bencana.

“Sebagai contoh, teknologi tertentu boleh diaplikasikan bagi menyediakan makanan yang lebih tahan lama dan mudah diurus untuk mangsa bencana.

“Selain itu, penggunaan teknologi UAV seperti dron berkeupayaan tinggi dalam pemantauan situasi bencana dan perancangan operasi mencari dan menyelamat juga boleh dimanfaatkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya