Lebih 200,000 pengunjung banjiri karnival literasi kewangan terbesar MSAM 2023 - Utusan Malaysia

Lebih 200,000 pengunjung banjiri karnival literasi kewangan terbesar MSAM 2023

MOHAMAD ADBUL Hamid (tengah) ketika melancarkan gimik sempena Majlis Penutup MSAM 2023 di Setia Fontaines, Bertam, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

KEPALA BATAS: Karnival Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 merekodkan jumlah kehadiran melebihi 200,000 orang sepanjang sembilan hari berlangsung bermula pada 30 September lalu sehingga hari ini.

Jumlah itu sekali gus mengatasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu seramai 150,000 pengunjung secara keseluruhannya.

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, selaku penganjur utama, pihaknya berpuas hati dengan penganjuran MSAM kali ini.

MSAM 2023 yang diadakan di Setia Fontaines, Bertam, Pulau Pinang merekodkan jumlah kehadiran melebihi 200,000 orang sepanjang sembilan hari berlangsung bermula pada 30 September lalu sehingga hari ini.

Selain itu, katanya, beliau percaya beberapa platform digital seperti Facebook dan Youtube yang turut diwujudkan sepanjang MSAM 2023 ini banyak membantu orang ramai yang tidak berkesempatan berkunjung ke Setia Fontaines, Bertam di sini.

“Seperti yang telah dimaklumkan sejak awal penganjuran, MSAM adalah antara sebahagian daripada usaha berterusan PNB dalam membantu meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat.

“Kami di PNB bersyukur kerana MSAM kali ini telah berjaya menarik minat pengunjung pelbagai lapisan masyarakat dan umur.

“Ini merupakan suatu perkembangan positif dan membantu usaha PNB untuk melahirkan lebih ramai generasi muda yang celik pelaburan,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penutup MSAM 2023 yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Prof. Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid.

Yang hadir sama, Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.

Bertemakan ‘Bijak Melabur, Santai Berhibur’, MSAM 2023 turut menerapkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM ke dalam gerai pameran, aktiviti dan kandungannya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan penganjuran MSAM serta menyokong penuh usaha untuk meningkatkan literasi kewangan khususnya dalam kalangan warga Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya