Lebih 1,000 peserta termasuk dari Korea, Jepun, Filipina, Australia, Belgium, Jerman, dan beberapa negara lagi menyertai acara larian ultra denai The Magnificent Baling 100 yang pertama kali diadakan di Kedah untuk mempromosikan sektor pelancongan terutamanya daerah Baling.
“Komuniti pelari denai turut berkembang dari semasa ke semasa, apatah lagi ketika ini lebih ramai yang menggemari aktiviti gaya hidup sihat dan ingin mencabar diri, larian jarak jauh denai melebihi 42 kilometer (km) atau ultra turut terus popular penyertaannya.”
“Kedah Tourism dan Persatuan Rekreasi Baling serta seluruh agensi yang terlibat dalam menjayakan acara ini telah mengadakan 4 kategori dipertandingkan iaitu acara larian 10 KM, 25 KM, 50 KM dan 100 KM,” kata Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin.
“Tahun ini kita dapat lebih 1,000 orang peserta dan saya yakin jumlah penyertaan pasti akan meningkat 10,000 peserta pada lima tahun kehadapan memandangkan acara larian denai ini mempunyai peminatnya yang tersendiri,” katanya.-UTUSAN