Lebih 100 wanita didiagnosis kanser payudara di HTAR - Utusan Malaysia

Lebih 100 wanita didiagnosis kanser payudara di HTAR

Kanser payudara
TENGKU Permaisuri Norashikin bergambar bersama sebahagian peserta 'Pinky Run, Car Free Day' dekat Stadium Kota Raja, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lebih 100 wanita didiagnosis dengan kanser payudara di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sepanjang tahun ini.

Jururawat Navigasi di Cancer Research Malaysia, Hani Zainal berkata, kebanyakan wanita yang didiagnosis dengan penyakit tersebut selepas mereka berada di tahap dua dan tiga kanser berkenaan.

“Tahun lepas, jumlah yang dikesan ada kanser payudara di hospital ini juga lebih 100 orang dan kebanyakan sudah di tahap dua dan tiga.

“Jadi, wanita perlu ada kesedaran untuk membuat pemeriksaan di hospital atau secara sendiri, mengesan kewujudan kanser payudara di peringkat awal,” katanya ketika ditemui pada program ‘Pinky Run, Car Free Day’ di Stadium Kota Raja, di sini, hari ini.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin Abdul Rahman berkenan untuk menyertai program pada hari ini.

Menurutnya, tanda awal seseorang wanita mempunyai kanser mempunyai benjolan di bahagian keseluruhan payudara, puting dan bawah ketiak.

Justeru itu, Hani menasihatkan wanita untuk membuat pemeriksaan payudara di mana-mana hospital, seawal umur 20 tahun setiap tiga tahun.

“Pengambilan makanan segera dan diproses merupakan salah satu punca kanser payudara, selain disebabkan faktor genetik,” ujarnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noraini Roslan memberitahu, lebih seribu bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menyertai ‘Pinky Run, Car Free Day’.

Selain larian, program tersebut bertujuan untuk memberikan kesedaran awal kepada masyarakat mengenai kanser payudara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya