Lawatan kerja sulung PM Thailand ke Malaysia hari ini

Lawatan kerja sulung Perdana Menteri Thailand ke Malaysia hari ini

Thailand
SRETTHA THAVISIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin mengadakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula hari ini.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan memaklumkan, lawatan ini merupakan lawatan sulung beliau ke Malaysia selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand pada 5 September lalu.

Menurut Wisma Putra, semasa lawatan tersebut, Srettha Thavisin dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara dan kemudian mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kedua-dua pemimpin dijangka menilai semula kemajuan hubungan dua hala, terutama kerjasama di dalam bidang perdagangan, pelaburan, dan keselamatan sempadan.

“Ini termasuk meneroka bidang-bidang kerjasama baharu seperti keselamatan siber, ekonomi digital dan ekonomi hijau,” katanya hari ini.

Wisma Putra berkata, kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Kementerian Luar Negeri yakin lawatan kerja ini akan memperkukuhkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin di antara kedua-dua negara yang juga merupakan jiran rapat dan rakan kongsi dalam ASEAN.

Pada tahun 2022, Thailand merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia dan ketiga terbesar dalam ASEAN dengan jumlah dagangan sebanyak RM122.03 bilion (AS$27.75 bilion), peningkatan sebanyak 17.9 peratus berbanding RM97.55 bilion (USD23.54) pada tahun 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya