Lantik orang UiTM sebagai Naib Canselor baharu - Utusan Malaysia

Lantik orang UiTM sebagai Naib Canselor baharu

UiTM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kesatuan Kakitangan Umum Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) (KKUiTM) berharap Naib Canselor baharu universiti terbesar itu dilantik dalam kalangan orang ‘dalam’.

Presidennya, Zulkifli Mohamed berkata, perlantikan dalam kalangan orang UiTM amat penting kerana hanya individu tersebut memahami ekosistem UiTM dan mampu meneruskan legasi kepimpinan terdahulu.

“Kita bukan menolak individu dalam kalangan orang politik mahu pun tokoh dari universiti lain, tetapi UiTM sendiri mempunyai ramai tokoh yang memiliki semangat perjuangan dan kelayakan akademik untuk memartabatkan pendidikan orang Melayu dan Bumiputera.

“Apa yang penting perjuangan yang dibawa oleh Naib Canselor terdahulu lebih bersifat untuk kemajuan akademik hingga kita mampu melahirkan lebih sejuta pemegang skrol UiTM,” katanya, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik antara nama disebut-sebut akan menjadi pentadbir Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor bersara wajib berkuat kuasa semalam.

Nama beliau tular selepas terdapat sekeping poster didakwa tular dalam kalangan kakitangan universiti yang mendakwa anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu dicadangkan untuk menjawat jawatan nombor satu universiti tersebut.

Dalam pada itu Zulkifli memberitahu, pihaknya bimbang jika berlaku lantikan dalam kalangan orang politik ia akan menjadikan UiTM sebagai sasaran pihak yang tidak sealiran dengan Naib Canselor yang dilantik.

“Biarlah UiTM meneruskan perjuangan murni membela anak bangsa selaras perjuangan menjadikan orang Melayu hebat dalam bidang profesional dan separa profesional. 

“Lebih afdal tokoh dalaman yang mesra dengan kakitangan UiTM dan memahami titik bengik orang Melayu dipilih menerajui universiti ini. Jangan jadikan pendidikan wadah berpolitik, biarlah ia kekal untuk akademik semata-mata,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya