Lagu itu sudah jadi hak awam, terpulanglah - M. Nasir

Lagu itu sudah jadi hak awam, terpulanglah – M. Nasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Maestro muzik, Datuk M. Nasir tidak kisah lirik lagu ciptaannya, Nur Nilam Sari ditukar sehingga menjadi bahan gurauan di media sosial.

Jelasnya, dia tidak boleh dan tidak mampu menghalang sesiapa untuk mengubah lagu ciptaan khusus untuk anaknya kerana itu sudah menjadi hak milik awam.

“Sebenarnya saya tak mahu komen. Benda dah tular pun. Terpulang. Itu hak awam, saya tak ada benda nak cakap.

“TikTok merupakan platfotm paling efektif dan menjadi budaya terutama generasi muda. Iu tular ini tak tahu bila akan basi.

“Tidak ada negatif atau positif kerana popular sekarang ini. Bergantung kepada pengguna untuk memanfaatkannya,” ujarnya.

Komposer tersohor itu ditemui pada sidang media Gendang Pati: Datuk M. Nasir Live In Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya adakah beliau memanfaatkan platform itu bagi mengikut peredaran masa, M Nasir berkata, setakat ini beliau masih belum berkeinginan.

Untuk info, lagu Nur Nilam Sari didedikasikan M Nasir buat anak bongsu hasil perkahwinan dengan Allahyarham Junainah Johari pada tahun 1998.

Konsert Gendang Pati bakal berlangsung di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 18 November depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya