KV Pertanian Pasir Puteh tuan rumah Agrotek Madani 2023

Kolej Vokasional Pertanian Pasir Puteh tuan rumah Agrotek Madani 2023

PELAJAR KV Pertanian Rembau, Negeri Sembilan menunjukkan kaedah menggred telur itik di tapak Agrotek Madani KVKPM 2023 di KVPP, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kolej Vokasional Pasir Puteh (KVPP), di sini menjadi tuan rumah Pesta Jualan Agrotek Madani Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KVKPM 2023) selama tiga hari bermula hari ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarahnya, Mat Ali Ismail berkata, sebanyak 82 khemah jualan, pameran dan pertandingan termasuk pertandingan lembu sado, pertandingan inovasi KV, pertandingan memancing di kolam KV, pertandingan kambing jangok dan lain-lain diadakan bagi memeriahkan program Agrotek Madani KVKPM 2023.

Menurutnya, antara acara tradisional yang menarik ialah pertandingan beruk pulas nyior, pertandingan memakai semutar, pertandingan kukur kelapa, igak (tangkap) itik dan lain-lain yang jarang ditonton golongan muda masa kini.

“Paling utama program yang berlangsung bermula hari ini sehingga 8 Oktober bertujuan mendedahkan fungsi KV Pertanian yang berjaya menjana ilmu dan teknologi pertanian kepada pelajar yang bakal tampil sebagai pemacu berdaya maju dalam sektor yang dipelajari mereka.

“Antara KV yang turut menjayakan program selama tiga hari ini ialah KV Chenor, Pahang, KV Pagoh, Johor, KV Lahad Datu, Sabah, KV Pertanian Dato’Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan dan KV Pertanian, Teluk Intan, Perak dan lain-lain,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mat Ali memberitahu, pertandingan agrotek seperti inovasi ‘smart farming’, lanskap arca alam, kambing jangok ternakan pelajar KV, terrarium, aquascape, mini Com Betta Best, demo pembiakan lembu, kolam booster (KV Teluk Intan), kaedah penanaman padi moden dan pelbagai pada hari pertama.

Katanya, peminat lembu sado dan pelbagai jenis kambing juga berpeluang melihat lebih dekat teknologi penternakan ruminan yang menjanjikan sumber pendapatan yang lumayan.

Mat Ali berkata, KVPP menyediakan 10 khemah pasar tani untuk memberi peluang kepada petani setempat membuka perniagaan, 40 tapak pameran dan perniagaan berbumbung, 25 tapak jualan terbuka dan perniagaan berasaskan hasil pertanian oleh pengusaha food truck. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya