KPM siap sedia hadapi tengkujuh - Fadhlina

KPM siap sedia hadapi tengkujuh – Fadhlina

FADHLINA Sidek (tengah) semasa melawat gerai pameran yang terdapat di program Karnival Agrotek Madani di Kolej Vokasional Pasir Putih, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah membuat persediaan awal dari sudut fasiliti dan aset untuk menghadapi musim tengkujuh yang bakal berlaku tidak lama lagi.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana KPM juga sudah bermesyuarat dengan Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA) mengenai persediaan menghadapi bencana banjir.

Menurutnya, persediaan di peringkat kementerian berkenaan sebenarnya telah bermula sejak tahun lepas bagi memastikan segala gerak kerja berjalan lancar.

“Kita sentiasa bersedia terutamanya dalam menyediakan sekolah-sekolah untuk dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Insya-Allah kita doakan semua urusan dipermudahkan.

“Lebih kurang 3,000 sekolah telah dipersiapkan untuk digunakan sebagai PPS di seluruh negara termasuk di Kelantan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Karnival Agrotek Madani di Kolej Vokasional Pasir Puteh, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu memberitahu, pihak KPM juga telah melaksanakan beberapa penambahbaikan melibatkan fasiliti di semua PPS terlibat sebagai persediaan untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir.

Katanya, selain itu pihak kementerian juga telah mewujudkan bilik gerakan untuk memantau kesemua PPS untuk memastikan aspek keselamatan terjamin dan operasi pusat terlibat berjalan lancar.

“Penyediaan bilik gerakan juga penting kelancaran pemindahan aset dan kita akan berpandukan jangkaan kaji cuaca terutama dari Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) untuk tujuan tersebut.

“Jika memerlukan pemindahan aset, kita telah menyediakan bekalan kerusi dan meja plastik untuk memudahkan pergerakan dan menjamin keadaan lebih selamat,” ujarnya.

Fadhlina berkata, KPM juga sentiasa mengingatkan murid-murid, pelajar, guru-guru dan seluruh kakitangannya agar sentiasa menjaga nyawa dan keselamatan masing-masing dalam ujian cuaca ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya