KANGAR: Kementerian Pendidikan yang menerima peruntukan besar dalam Belanjawan 2024 akan memastikan semua agenda dirancang dapat dilaksanakan sebaiknya. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pemberian peruntukan tinggi itu hadir dengan tanggungjawab besar dalam memastikan setiap perancangan berjalan dengan lancar. Beliau berkata, menerusi Belanjawan 2024, kementeriannya menerima peruntukan bagi pembinaan 26 sekolah baharu, 26 perluasan prasekolah, 18 blok bangunan untuk murid berkeperluan khas, Jelajah Pendidikan Masa Depan Negara dan beberapa lagi. “Kementerian Pendidikan masih menjadi kementerian yang menerima peruntukan terbesar menerusi Belanjawan 2024 ini iaitu berjumlah RM58.7 bilion dan pastinya kita sambut pemberian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya