KPM larang unsur ekstremisme Minggu Solidariti Palestin

KPM larang unsur ekstremisme Minggu Solidariti Palestin

KPM melarang sebarang penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi sepanjang Minggu Solidariti Palestin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melarang sebarang penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi sepanjang Minggu Solidariti Palestin.

KPM dalam kenyataan menegaskan, pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti berbentuk ekstremisme.

Dalam hal itu, KPM meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mengikuti panduan penganjuran yang ditetapkan.

“KPM menggalakkan penganjuran aktiviti-aktiviti yang mendokong isu kemanusiaan seperti tayangan video kedamaian, seyembara puisi kemanusiaan, pertandingan lukisan poster tema kedamaian.

“(Ini termasuk) kutipan sumbangan kepada rakyat Palestin di sepanjang pelaksanaan program ini,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial mengenai program di sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.

Namun, KPM mengesahkan video tersebut dianjurkan di luar tempoh waktu pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikuti panduan yang ditetapkan pihak kementerian.

“KPM menggalakkan penganjuran Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya yang dijadualkan berlangsung pada 29 Oktober hingga 3 November 2023 perlu dijadikan platform mendidik murid tentang nilai-nilai murni, toleransi, kasih sayang dan saling menghormati.

“Ia bertujuan mendidik murid nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi kemanusiaan, keamanan dan kedamaian sejagat,” katanya hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya