KPM cadang perkenal TVET di sekolah integriti - Utusan Malaysia

KPM cadang perkenal TVET di sekolah integriti

Sekolah integriti
FADHLINA Sidek menyantuni penghuni pada Program Hijrah Kasih 13 Tahun 2023 di Sekolah Integriti, Pusat Koreksional Puncak Alam, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperkenalkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di semua 11 sekolah integriti Jabatan Penjara Malaysia di seluruh negara.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, penambahan program TVET di sekolah banduan muda itu mempunyai prospek masa depan lebih cerah yang mampu memberi nilai tambah dan meningkatkan produktiviti pelajarnya.

“Namun, cadangan itu perlu dibincangkan di peringkat kementerian terlebih dulu selepas ini.

“Hasil perbincangan di peringkat KPM itu kemudian akan dibawa ke mesyuarat Kabinet bagi memperluaskan TVET di sekolah integriti ini,” katanya selepas merasmikan Penutupan Program Hijrah Kasih Kali ke-13 di Sekolah Integriti Pusat Koreksional Puncak Alam, hari ini.

Beliau menambah, pihaknya mengakui terdapat isu kekurangan guru di sekolah integriti namun keadaan itu tidak kritikal.

“Kementerian sentiasa berusaha memastikan masalah kekurangan guru di sekolah berkenaan dapat diatasi segera.

“Sebagai contoh di Sungai Petani (Sekolah Integriti), terdapat kekurangan guru dan kita terus melakukan temuduga bagi pengambilan itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP),” jelasnya.

Dalam pada itu, Fadhlina memberitahu, beliau turut berpuas hati dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi seluruh sekolah integriti tersebut.

“Pada tahun lalu, seramai 86 pelajar sekolah itu yang menduduki SPM meraih pencapaian lulus 100 peratus dengan keputusan minimum 5A dan maksimum 7A.

“Kita berharap kejayaan ini dapat diterjemahkan dalam peperiksaan akan datang dengan tumpuan kepada pengupayaan guru, latihan dan penghuninya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya