KPM ambil 9,500  guru baharu bulan depan

KPM ambil 9,500 guru baharu bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kementerian Pendidikan (KPM) membuat pengambilan seramai 9,500 guru baharu pada bulan depan bagi mengatasi isu kekurangan guru ketika ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, penempatan akan dibuat dengan kadar segera selepas proses temu duga sudah pun selesai sebelum ini.

Katanya, isu kekurangan guru adalah bersifat sementara dan pihak kementerian mengambil langkah segera bagi menangani perkara berkenaan.

“Isu kekurangan guru ini akan berlaku apabila ada persaraan atau ada guru-guru yang berhenti kerja. Proses untuk mendapatkan guru ini kita laksanakan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“KPM juga akan memastikan proses pengambilan guru berjalan secara berterusan bagi memastikan isu kekurangan guru kekal bersifat sementara,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Agrotek Madani di Kolej Vokasional Pasir Puteh, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, jumlah tepat tandas-tandas sekolah yang sedang dibaik pulih dan dinaik taraf hanya diketahui pada bulan ini berikutan semua proses berkaitan sedang berjalan.

“Semua sedang berjalan dan ada yang sudah siap. Bagaimanapun mengikut perangkaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, perkembangan kerja sudah mencecah 90 peratus.

“Jadi kita harap menjelang hujung bulan ini semua kerja-kerja baik pulih dan naik taraf kemudahan tandas sekolah dapat disiapkan sepenuhnya,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya