KPDN rampas 2,000 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng  

KPDN rampas 2,000 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng  

SEBUAH lori ang mengandungi diesel bersubsidi dirampas dalam serbuan Op Tiris di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban Arah Selatan, di Seremban malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan merampas 2,000 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM4,300, dipercayai hendak diseleweng dalam serbuan Op Tiris di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban Arah Selatan, di sini, malam tadi.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, dalam serbuan pukul 11.10 malam itu, pihaknya turut menyita sebuah lori tangka, motor pam dan hos serta empat unit tangki IBC dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM15,700. 

Menurutnya, pemandu lori tersebut iaitu lelaki warga tempatan berusia 43 tahun ditahan kerana disyaki telah berurusan dengan barang kawalan berjadual tanpa lesen atau permit yang sah dan melanggar Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Tindakan ini dibuat hasil pemantauan serta pemerhatian yang dibuat oleh anggota pasukan serbuan di stesen minyak tersebut. Tindakan pemandu lori yang membuat pengisian minyak diesel dalam jumlah yang besar membawa kepada penemuan empat unit tangki IBC di atas lori tersebut semasa pemeriksaan. 

“Pemeriksaan menyeluruh ke atas lori mendapati dua daripada empat unit tangki IBC di atas lori tersebut mengandungi minyak diesel,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelas Muhammad Zahir lagi, satu kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya