Konvokesyen UMT : 2,388 graduan dirai, dua tokoh

Konvokesyen UMT : 2,388 graduan dirai, dua tokoh terima ijazah kehormat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Seramai 2,388 graduan bakal diraikan dengan penuh istiadat dan gilang gemilang dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-21 yang akan berlangsung selama enam sesi di sini bermula pada 22 hingga 24 Oktober ini.

Menurut kenyataan Pejabat Komunikasi Korporat UMT, mereka yang diraikan terdiri daripada 196 graduan pasca siswazah terdiri daripada 46 graduan doktor falsafah dan 150 graduan sarjan , manakala seramai 2,192 graduan prasiswazah yang terdiri daripada 2,081 graduan sarjana muda dan selebihnya 111 graduan diploma.

Bakal diraikan penerima ijazah kehormat, Prof. Emeritus Datuk  Dr. Abdul Latiff Mohamad yang akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) manakala Datuk  Seri (Dr.) Michael Tio bakal dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan, Fakulti Pengajian Maritim (FPM).

Menurut kenyataan itu lagi, turut diraikan dalam majlis ini penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Pingat Emas Canselor, Anugerah Pro Canselor, Anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Anugerah Naib Canselor (Terbaik Pusat Pengajian) dan Anugerah Khas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ijazah Kehormatan Doktor Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti kepada Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdul Latiff Mohamad bertepatan dengan kepakaran beliau yang juga perintis dalam penyelidikan taksonomi tumbuhan tinggi dan biologi pemuliharaan.

Penyelidikan beliau mengenai flora, taksonomi tumbuhan dan kepelbagaian biologi Malaysia selama hampir 40 tahun telah membawa kepada kemajuan pengetahuan yang merangkumi pemahaman sains taksonomi dan biologi pemuliharaan serta kepentingan, nilai dan faedah pemuliharaan alam sekitar di Malaysia. 

Malah beliau telah mengetuai pelbagai projek mengenai taksonomi tumbuhan, etnografi dan fitokimia produk semula jadi. 

Michael yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan logistik,  merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan PKT Logistics Group Sdn. Bhd., syarikat penyedia perkhidmatan logistik terkemuka di negara ini dan menyumbangkan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Katanya, antara usaha tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan PKT Logistik Sdn. Bhd.,  telah menubuhkan Yayasan PKT yang menawarkan biasiswa dan dermasiswa kepada pelajar Malaysia yang berpencapaian tinggi sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat dalam membangunkan modal insan masa depan negara. 

Setiap tahun, PKT Logistics Sdn. Bhd. memperuntukkan RM1 juta kepada Yayasan PKT dan menganugerahkan RM2.4 juta biasiswa kepada lebih 400 orang pelajar dalam menyokong pendidikan tinggi mereka di dalam dan luar negara.

Dalam memainkan peranan industri ke arah pemerkasaan pendidikan, beliau melalui PKT Logistics Sdn. Bhd. juga telah menjalin kerjasama dengan pelbagai institusi pendidikan tinggi awam dan swasta di dalam serta di luar negara termasuklah UMT.

Konvokesyen kali ini turut dimeriahkan dengan aktiviti gerai konvo yang dipenuhi dengan acara-acara menarik seperti Sukan Rakyat Terbuka (Pelajar / Komuniti), Demonstrasi Ikatan Tanjak dan Sampin, Solo Tari Kreatif Rakyat Malaysia, Sepetang Bersama DBP, Malam Nur Kasih : Bicara Rohani & Persembahan Re – Unic, Dimensi Anak Muda: Hala Tuju Selepas Graduasi, Malam Sulur Cendana dan banyak lagi acara-acara menarik yang telah dirancang.

Komuniti setempat dan orang ramai dijemput sama-sama memeriahkan acara yang akan diadakan di Tapak Pesta Konvo UMT bermula 21 hingga 24 Oktober ini.

Sementara itu, Naib Canselor UMT,  Profesor Datuk  Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, pihaknya menganugerahkan ijazah kehormat kepada Abdul Latiff dan Michael  bagi mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang masing-masing. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya