Kondominium ternama jadi pusat panggilan sindiket scammer

Kondominium ternama jadi pusat panggilan sindiket scammer

ALLAUDEEN ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mendapati kebanyakan pusat penipuan panggilan diserbu pihaknya beroperasi di kondominium mewah di sekitar ibu negara. 

Ini Ia susulan beberapa siri serbuan dilakukan pihaknya dalam tempoh dua bulan baru-baru ini mendapati majoriti sindiket penipuan tersebut beroperasi di kondominium ternama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, Badan Pengurusan Bersama (JMB) serta Perbadanan Pengurusan (MC) bangunan tersebut perlu mengambil berat berhubung modus operandi scammer ini.

Malah, beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan penglibatan pengawal keselamatan bangunan yang secara tidak langsung membantu memudahkan pergerakan ahli sindiket keluar masuk premis tanpa pemeriksaan rapi.

“Dalam tempoh tersebut, 343 tangkapan dilakukan dan 10 (kes) sudah dituduh, kita agak bimbang dengan semua tangkapan ini kerana membabitkan premis mewah, kalau saya sebut nama kondominium ini, anda semua pasti terkejut.

“Kita tidak menolak kemungkinan akan melakukan pemeriksaan terhadap pengawal keselamatan kondominium tersebut, kita percaya ada mereka yang terlibat dengan sindiket ini.

“Bagaimana sebuah kondominium mewah boleh membenarkan individu warga asing untuk keluar masuk premis itu dengan mudah? Saya sarankan pihak pengurusan ambil maklum isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tegas Allaudeen, tindakan tegas diambil bagi menjaga keharmonian serta memastikan Kuala Lumpur tidak dijadikan sebagai hab utama sindiket calling centre beroperasi.

“Kondominium ini berterabur di seluruh Kuala Lumpur, kita sedang berusaha untuk bekerjasama dengan pengurusan kondominium ini.

“Kita tak mahu Kuala Lumpur terus menjadi lubuk sindiket calling centre beroperasi, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah sudah digerakkan untuk membanteras sindiket habis-habisan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya