KMEK ungguli Recycling Hunt promosi budaya kitar semula

KMEK ungguli Recycling Hunt promosi budaya kitar semula

PARA peserta terdiri daripada wakil media, kakitangan E-Idaman dan Olive House yang menyertai program Recycling Hunt merentasi Kedah dan Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kelab Media Elit Kedah (KMEK) yang dianggotai wartawan dan jurukamera di negeri ini mengungguli kejohanan Recycling Hunt anjuran E-Idaman Sdn. Bhd. yang disertai lebih 90 peserta termasuk pengamal media daripada Persatuan Wartawan Perlis (PWP) serta kakitangan syarikat itu dan Olive House, semalam.

Kumpulan KMEK A yang diwakili kakitangan Media Mulia Sdn. Bhd., Bernama dan TV3 itu memperolehi markah tertinggi dalam misi pencarian selama dua jam merentasi negeri ini dan Perlis sambil membudayakan amalan kitar semula.

Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman, Zaki Abdul Aziz Daud berkata, program tersebut juga merupakan platform bagi mengeratkan hubungan antara wakil media di kedua-dua negeri bersama E-Idaman serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

“Media sentiasa memainkan peranan dalam membantu dan mempromosikan inisiatif serta program dilaksanakan E-Idaman. Peranan media tidak hanya mempromosikan E-Idaman di kedua-dua negeri itu malah di seluruh negara.

“Sebagai contoh, aplikasi ‘idamanXchange’ serta Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) dibangunkan E-Idaman mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat di kedua-dua negeri. Kami yakin, antara faktor yang membawa kepada sambutan baik itu adalah hasil peranan dimainkan media,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup dan penyampaian hadiah yang dilakukan di Kuala Perlis, dekat sini.

Melalui penganjuran program itu, para peserta turut ‘dididik’ untuk terlibat dengan usaha kitar semula apabila setiap peserta diwajibkan membawa sebanyak 10 kilogram (kg) barangan yang boleh dikitar semula sebagai syarat penyertaan.

Setiap barangan tersebut perlu dibawa ke DTRC Pasar Peremba di sini untuk ditimbang, sebelum setiap kumpulan diberikan arahan seterusnya bagi membolehkan mereka menyertai program tersebut.

Sebanyak 1,300kg barangan kitar semula antaranya kotak, botol plastik, kertas surat khabar, minyak masak terpakai dan besi berjaya dikumpulkan menerusi program tersebut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya