‘Kita nak Pulau Pinang juara bekalkan makanan, pertanian’ - Utusan Malaysia

‘Kita nak Pulau Pinang juara bekalkan makanan, pertanian’

FAHMI ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, FAHMI ZAINOL merupakan muka baharu yang dilantik menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan, Pembangunan Koperasi Pulau Pinang.
Berdepan cabaran dan tanggungjawab besar bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan bagi Pulau Pinang, anak muda berusia 34 tahun ini berkongsi misi dan visi beliau
kepada wartawan Utusan Malaysia, SAFINA RAMLI.

UTUSAN: Apa misi dan visi Yang Berhormat (YB) untuk memastikan keterjaminan makanan sentiasa terpelihara di Pulau Pinang?
FAHMI ZAINOL: Di peringkat saya, saya ingin pastikan semua bidang dalam agrotek di Pulau Pinang dapat menggunakan aplikasi teknologi yang tinggi dan saya juga ingin fokus kepada digitalisasi agrotek, maknanya dalam bidang pertanian, perladangan dan ternakan kita guna pakai tekologi. Dahulu kita tengok pertanian gunakan kaedah tradisional sekarang ini kita mahu ke arah digitalisasi.

Apa cabaran yang dihadapi sektor pertanian di Pulau Pi­nang?
Cabarannya ialah dari segi ta­nah yang terhad, tetapi saya lihat di Belanda tanah mereka juga terhad, tetapi negara itu boleh menjadi negara yang terbesar di dunia yang mengeksport hasil pertanian negara mereka.
Kita nak melihat Pulau Pinang boleh menjadi negeri yang sentiasa di tangga teratas dalam bekalkan barangan makanan, ternakan dan produk pertanian berbanding negeri lain, macam sekarang kita juga ada bekalkan padi, malah kita antara negeri yang bekalkan ikan sangkar kepada negeri lain.

Makanan akan jadi satu cabaran besar, dijangka 2024 akan berlaku krisis makanan, bagaimana YB ingin pastikan bekalan makanan mencukupi di Pulau Pinang?
Sekarang kerajaan kena bekerjasama dengan pihak swasta de­ngan lebih erat lagi, iaitu kita perlu ada satu perancangan teliti untuk pastikan bekalan makanan cukup di Pulau Pinang. Ini kerana Pulau Pinang adalah negeri yang banyak keluarkan barangan atau tanaman, serta bekalan ikan ke seluruh negara, perkara ini bagus tetapi kita perlu ada perancangan dan dasar untuk pastikan makanan cukup dan kita jaga keterjaminan makanan untuk rakyat Pulau Pinang.
Kita tahu kalau hasil tanaman, ternakan dieksport, mereka yang terlibat dalam bidang ini akan dapat keuntungan yang lebih, tetapi kita kena pastikan makanan di negeri ini terjamin.

Pertanian merupakan satu bidang yang golongan muda kurang gemar ceburi, bagaimana YB mahu menarik minat mereka sertai bidang ini?
Kita mahu digitalkan pertanian, kita mahu bawa pertanian ke arah orang muda. Saya mahu petani, peladang dan penternak muda serapkan pertanian moden dalam ladang-ladang mereka. Sekarang kita dalam proses persetujuan peringkat negeri dan Kerajaan Pusat untuk digitalkan pertanian.

Bagaimana cara yang akan digunakan ke arah digitalkan bidang pertanian di Pulau Pinang?
Kita akan guna aplikasi untuk semua petani kemas kini tentang hasil tanaman, dan semuanya akan menggunakan telefon sahaja. Kalau mereka di ladang, kita tunjuk prosedur operasi standard (SOP) kepada mereka, misalnya kalau nak bercucuk tanam aplikasi ini ia akan beritahu SOP, jadi petani akan tahu hari pertama apa yang perlu dilakukan dan sehingga peroleh hasil petani akan tahu apa yang perlu dilakukan dan semuanya ada menerusi aplikasi khas di telefon sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya