Kisah seram Gunung Bromo difilemkan - Utusan Malaysia

Kisah seram Gunung Bromo difilemkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kisah benar yang dialami empat pendaki gunung Bromo telah didokumentasikan dalam sebuah filem terbaru Indonesia, Kutukan Sembilan Setan.

Menurut penerbit, Agustinus Sitorus, pihaknya berminat untuk menghasilkan sebuah filem tersebut selepas mendengar sendiri kisah aneh yang dialami pemuda bernama Very Barus dan tiga rakannya ketika mendaki gunung yang terletak di Jawa Timur, Indonesia itu.

“Apabila diceritakan pengalaman tersebut, akhirnya kami berbincang dan sepakat untuk menghasilkan filem Kutukan Sembilan Setan.

“Jalan cerita yang dipaparkan dalam filem ini telah diolah menjadi sebuah kisah yang menarik, namun ia adalah inspirasi kepada kejadian yang dialami sekumpulan remaja tersebut,” ujarnya.

Kutukan Sembilan Setan menceritakan tentang percutian lima hari Verdy bersama empat rakannya di sebuah villa di gunung Bromo.

Bagaimanapun, mereka berasa tertipu setelah mengetahui villa yang didiami tidak sama dengan yang ditempah secara dalam talian. Mereka turut mengalami beberapa kejadian misteri sejak hari pertama tinggal di villa berkenaan.

Sementara itu, pengarah, Arie memaklumkan Kutukan Sembilan Setan adalah filem seram yang berbeza dengan yang pernah ditayangkan sebelum ini.

“Selain kisah seram, filem ini turut menerapkan elemen-elemen lain seperti percintaan dan persahabatan serta memaparkan visual keindahan gunung Bromo itu sendiri.

“Gandingan barisan pelakon juga begitu mantap dan serasi antara satu sama lain. Cuma kami berhadapan cabaran apabila keadaan cuaca tidak menentu,” kongsinya.

Filem berkenaan dibintangi barisan pelakon seperti Ajil DiUo, Denira Wiraguna, Frislly Herlind, Fandy Christian, Joshua Suherman, Fadhan Holao, Eric van loo, Sabina Bayramova, Fahira Almira, Brooklyn R, Gerald Krechoff, Egi, Fedly, Eistevanya Alexandra, Aisha Ali, Irna Jufe dan Zenia Zein.

Kutukan Sembilan Setan akan ditayangkan di pawagam bermula 26 Oktober 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya