Kim Juan juara perseorangan lelaki ITF Juniors - Utusan Malaysia

Kim Juan juara perseorangan lelaki ITF Juniors

KIM Juan muncul juara perseorangan lelaki Kejohanan Tenis ITF World Tennis Tour Juniors J60 di Arena Tenis Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seperti diramal, pilihan utama Kim Juan muncul juara perseorangan lelaki Kejohanan Tenis ITF World Tennis Tour Juniors J60 di Arena Tenis Perak di sini hari ini.

Pemain dari Korea itu bagaimanapun terpaksa mengerah keringat pada set pertama sebelum menang ke atas pilihan kedua, Jaden Dewandaka Tan 7-6(5) .

Namun, Jaden dari Indonesia tidak terdaya menyekat Kim daripada memenangi set kedua 6-0 .

Begitupun, kejutan berlaku dalam kategori perempuan apabila pilihan utama, Yu Kikawa tumpas dalam perlawanan akhir.

Pemain Jepun itu tumpas kepada pilihan kedua kejohanan, R. R. Maaya dari India, 6-3, 6-3.

Maaya mengutip kejayaan berganda apabila muncul juara acara beregu perempuan.

Berpasangan dengan Basireddy Rishitha Reddy, mereka mengecewakan Kikawa-Rioko Umekuni dari Jepun 6-2 4-6 [11-9]. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya