Khazanah alam kekayaan Malaysia

Khazanah alam kekayaan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH ——————————————————————————————————————————-

Kedudukan Malaysia  antara 17 buah negara yang paling kaya dengan biodiversiti atau dikenali sebagai wilayah biodiversiti mega (megadiverse) menjadikan Persidangan Kepelbagaian Biologi yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memberi signikan jelas kenapa program seumpama ini wajar diadakan dalam usaha  memberi kesedaran  mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dan sumber asli yang dimiliki.

Ini kerana Malaysia memiliki khazanah alam yang tidak terhitung nilainya yang memberi manfaat dalam pelbagai bidang khususnya penyelidikan saintifik  dan  kelangsungan hidup manusia. 

Persidangan ini menjadi harapan kepada khususnya pencinta alam sekitar dan saintis penyelidik supaya satu deklarasi ataui akta dihasilkan yang menunjukkan komitmen kerajaan dalam memulihara kepelbagaian biologi.

Penglibatan ramai pembentang daripada pelbagai kepakaran sama ada daripada pegawai agensi kementerian dan tokoh alam sekitar pastinya memberiiipnut menarik sekiranya akta kepelbagaianan biologi akan diwujudkan.

Persidangan ini merupakan julung kali diadakan dan penganjuran persidangan ini merupakan titik tolak inisiatif Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)  dalam pengurusan kepelbagaian biologi negara dengan lebih menyeluruh selari dengan penubuhan Pusat Biodiversiti Malaysia kelak

Sempena persidangan tersebut Utusan Online menyediakan laporan khas mini sebagai menyokong persidangan   yang amat penting ini.

——————————————————————————————————————————

Sebagai sebuah negara yang berada dalam kedudukan tinggi yang kaya dengan kepelbagaian biologi, Malaysia boleh dikatakan bertuah kerana kekayaan khazanah alam semula jadinya.   

Sebahagian daripada tumbuhan dan haiwan yang ada dalam hutan simpan Malaysia yang berperanan menyumbang kepada kesejahteraan kehidupan manusia dan hidupan lain. 

Maklumat yang ada masih belum lengkap dan nombor sebenar boleh berubah-ubah berdasarkan rujukan yang dibaca. 

Pensyarah Jabatan Biologi Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Dr. Rusea Go   kepelbagaian biodiversiti penting bagi menentukan kesihatan dan produktiviti ekosistem iaitu  setiap spesies, tidak kira betapa kecil, semua mempunyai peranan penting. 

PROF RUSEA GO

Ini kerana menurutnya, pemuliharaan biodiversiti berkait rapat dengan pemulihan ekosistem dan perlindungan sumber semula jadi untuk kesejahteraan sejagat.

“Bidang ini memerlukan komitmen dan minat yang mendalam terutamanya kesediaan untuk meredah hutan belantara.

Sejujurnya tidak ramai orang muda pada zaman sekarang sanggup bekerja di lapangan terutamanya di hutan. Bidang ini cuma dapat dikuasai sepenuhnya melalui pengalaman kerja lapangan dan tidak dengan hanya menerusi pembacaan bahan rujukan.

Malaysia dianugerahkan hutan yang luas dengan biodiversiti yang tinggi. Tiada negara lain yang lebih sesuai dijadikan tempat mengkaji biodiversiti selain di hutan hujan yang luas seperti di Malaysia, dan amat sesuai untuk melahirkan ramai ahli botani yang kompeten, ujar beliau.

Malah katanya manusia boleh pupus sekiranya alam sekitar juga musnah.

Sementara itu Menurut bekas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Tan Salleh Mohd Noor kepelbagaian biologi Malaysia perlu dipulihara antaranya kerana penyakit akan lebih mudah merebak jika alam sekitar diabaikan. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya