Kereta hampir musnah dalam kebakaran di BKE - Utusan Malaysia

Kereta hampir musnah dalam kebakaran di BKE

SEBUAH kereta jenis Nissan Sylphy hampir musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Kilometer (KM) 8.9, menghala ke Kulim, Kedah di kawasan Lebuh raya Butterworth - Kulim (BKE), Pulau Pinang petang tadi. - Pic: IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Sebuah kereta jenis Nissan Sylphy hampir musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di sini, petang tadi.

Kejadian itu berlaku di Kilometer (KM) 8.9, menghala ke Kulim, Kedah di kawasan Lebuh raya Butterworth – Kulim (BKE) berhampiran pusat bandar Permatang Pauh dekat sini.

SEBUAH kereta jenis Nissan Sylphy hampir musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Kilometer (KM) 8.9, menghala ke Kulim, Kedah di kawasan Lebuh raya Butterworth – Kulim (BKE), Pulau Pinang petang tadi. – Pic: IHSAN JBPM PULAU PINANG

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.08 petang, pihaknya bergegas ke lokasi dengan kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti.

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, didapati kereta tersebut telah terbakar dengan anggaran peratus kemusnahan sebanyak 70 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kebakaran tersebut berjaya dipadamkan sepenuhnya tidak lama kemudian,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya kira-kira pukul 6.54 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya