Kerajaan yakin pertumbuhan KDNK capai 5 peratus tahun 2024 

Kerajaan yakin pertumbuhan KDNK capai 5 peratus tahun 2024 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan mencapai lima peratus pada 2024.

Perdana Menteri berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada anggaran hasil negara yang mencapai RM303.2 bilion tahun ini berbanding RM291.5 bilion tahun lalu, walaupun jumlah defisit diunjur lima peratus kepada KDNK.

“Bagi tahun depan, kerajaan menjangkakan pertumbuhan KDNK antara empat hingga lima peratus. Sekalipun diakui Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada kadar 4.3 peratus.

“Dengan pembaharuan Ekonomi Madani yang bakal dilaksanakan, kerajaan yakin untuk mencapai pertumbuhan menghampiri lima peratus,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, kutipan hasil kerajaan 2024 juga dijangka menyaksikan peningkatan daripada RM303.2 bilion tahun ini kepada RM307.6 bilion.

“Defisit fiskal 2024 diunjur berkurang kepada 4.3 peratus ketimbang sasaran lima peratus tahun ini dan 5.6 peratus tahun 2022.

“Dalam jangka sederhana, kita akan mencapai defisit fiskal 3 peratus atau lebih rendah kepada KDNK sepertimana penanda aras ditetapkan dalam Kerangka Ekonomi Madani,” katanya.

Beliau turut berpuas hati dengan kelulusan Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 atau Fiscal Responsibility Act (FRA) dalam sidang Parlimen kali ini.

“Ini memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperteguh tatakelola serta menjamin ketelusan dan pertanggungjawaban,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya