Kerajaan perlu jujur dedah status  Blok Ambalat - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu jujur dedah status  Blok Ambalat

Ambalat
AHMAD Fadhly Shaari berucap dalam ucaptama Muktamar Dewan Pemuda Pas Ke-64 sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan perlu bersikap jujur terhadap status polemik Blok Ambalat berhubung pertindihan terhadap blok ND6 dan ND7 di perairan Sulawesi, Indonesia.

Ini kerana, media di negara itu didakwa melaporkan Indonesia meraikan kejayaan rundingan 18 tahun Blok Ambalat seolah-olah memihak kepada mereka berbanding Malaysia yang rakyat dikatakan terpinga-pinga terhadap kandungan perjanjian antara kedua-duanya.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Malaysia seharusnya lebih proaktif dalam meneliti isu-isu persempadanan negara khususnya maritim. Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 yang meliputi NIlai Teras Keselamatan Negara dalam aspek pengiktirafan antarabangsa sewajarnya mendapat perhatian kerajaan, Wisma Putra.

“Perkembangan mutakhir ini begitu membimbangkan kita mengenai persempadanan maritim kita dengan negara sekitarnya. Dalam polemik Blok Ambalat, tercetus tanda tanya yang masih gagal dituntaskan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Oleh sebab itu kerajaan digesa mengambil berat isu kedaulatan negara. Usah ambil ringan terhadap segala rungutan dan pertikaian yang berbangkit. Dokumen-dokumen berkaitan perjanjian tersebut hendaklah dinyahklasifikasi,” katanya ketika berucap pada ucaptama, malam tadi.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan sebelum ini digesa menyahklasifikasikan dokumen perjanjian persempadanan maritim yang ditandatangani dengan Indonesia pada Jun lalu, bagi merungkai isu Ambalat yang dibangkitkan beberapa pihak.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata langkah itu dapat menjawab sejauh mana Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden Indonesia, Joko Widodo, tidak membabitkan blok Ambalat.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhly yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menegaskan isu persempadanan maritim negara harus kembali ke medan wacana dan diskusi bersama kumpulan pakar dan ahli akademik.

“Kita harus membedah ruang lingkup isu-isu yang melingkari sempadan perairan sementelah sebahagian besar sempadan negara kita dilingkungi oleh perairan. Kita sewajarnya belajar daripada kehilangan Pulau Batu Putih.

“Apatah lagi kerajaan secara tiba-tiba menghentikan rayuan di mahkamah secara tiba-tiba yang sepatutnya dibuat pada 2018,” jelasnya.

Katanya lagi, isu Laut China Selatan juga antara isu pertindihan tuntutan sempadan maritim yang masih belum berpenghujung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya