KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperketat langkah kawalan penyeludupan produk rokok tidak sah dan minuman keras bermula tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan melalui agensi penguatkuasaan akan terus memperhebat usaha sama dalam menangani ketirisan hasil. “Langkah kawalan penyeludupan rokok umpamanya telah menyumbang kepada penurunan peratus rokok tidak sah di pasaran tempatan kepada 56.6 peratus pada tahun 2022 ketimbang 63.8 peratus pada tahun 2020. “Memandangkan bilangan rokok tidak sah masih tinggi di pasaran, kerjasama antara agensi akan dipertingkatkan termasuk memperketatkan kawalan penyeludupan minuman keras,” katanya ketika membentang Belanjawan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya