ALOR SETAR: Kerajaan negeri sedang menyiapkan kertas kerja berhubung cadangan membangunkan semula Tasik Pedu di Padang Terap sebagai lokasi pelancongan untuk dibentangkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kedah, Datuk Mohd. Salleh Saidin berkata, pihaknya sudah mewujudkan satu jawatan kuasa bagi membincangkan tentang usaha tersebut yang dianggotai agensi berkaitan dan pemimpin setempat di situ. “Memang ada usaha daripada kerajaan negeri untuk pulihkan kembali tempat yang terbiar termasuk Tasik Pedu itu kerana kita juga ada aset-aset yang boleh dijadikan produk pelancongan Kedah di kawasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya