Kerajaan diminta contohi formula Hamzah tangani krisis makanan

Kerajaan diminta contohi formula Hamzah tangani krisis makanan

HAMZAH Zainudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan diminta mencontohi formula yang digunakan oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ketika berdepan krisis makanan.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, Hamzah tidak tunduk walaupun ketika itu ditekan oleh pemain-pemain industri utama untuk menaikkan harga gula sebanyak 29 sen sekilogram.

Menurut beliau, Hamzah berjaya memastikan bekalan gula kekal dengan mengemukakan penyelesaian yang bersifat menang-menang.

“Begitu juga ketika harga barangan dunia melambung. Malaysia bukan sahaja kekal berupaya menetapkan harga siling, tetapi diperkenalkan pula program Jualan Sentuhan Rakyat di seluruh 222 kawasan Parlimen dua kali setiap bulan.

“Hasilnya, formula Hamzah ketika itu berupaya meredakan kegelisahan rakyat serta menghadirkan senyuman dalam kalangan peniaga dan pemain industri, ertinya semua merasa.

“Jika sekalipun ego politik kerajaan tebal, kerana Hamzah sekarang ini merupakan ketua pembangkang, ubah suailah dan lakukanlah penjenamaan semula. Rasanya, beliau sendiri pun tidak kisah kerana apa yang penting adalah perut rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Wan Ahmad yang juga Ahli Parlimen Machang itu berkata, tidak guna bercakap gah di pentas dunia, tetapi rakyat terpaksa berebut demi sekampit beras kerana kayu ukur terpenting untuk menilai sama ada kerajaan gagal atau tidak adalah mengenai perut rakyat.

Katanya, tidak pernah dalam sejarah Malaysia pasca kemerdekaan menyaksikan rakyat terpaksa berebut dan berbalah-balah demi mendapatkan makanan asasi.

“Belum pun reda masalah bekalan beras, muncul pula kekurangan gula di tengah-tengah nilai ringgit yang sedang menjunam dengan ketara.

“Era Malaysia Madani ini tampaknya bermasalah dan kerajaan bagaikan tenggelam punca. Minggu ini saja ringgit terpelosok RM4.72, terburuk dalam tahun ini dan seperti biasa, tidak diperbuat apa-apa.

“Senario semasa realitinya merisaukan. Lebih-lebih lagi berdasarkan Indeks Keselamatan Makanan Global 2022, Malaysia kini berada di tangga ke-41. Ertinya tahap keselamatan makanan negara kita membimbangkan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya