Kerajaan akan lantik ahli panel tribunal antigangguan seksual

Parlimen: Kerajaan akan lantik ahli panel tribunal antigangguan seksual 

pru15
NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum membuat lantikan ahli panel bagi pembentukan tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini kerana tribunal itu baru ditubuhkan semalam.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam telah meluluskan perjawatan bagi penubuhan Tribunal Antigangguan Seksual. Ini satu berita yang amat menggembirakan sebab kita mahu mulakan secepat mungkin.

“Penubuhan tribunal bertujuan menyediakan satu platform alternatif bagi menambah baik sistem perundangan dan pengendalian aduan gangguan seksual dengan cepat, mudah dan kos yang minimum.

“Tribunal ini juga menyediakan platform bagi satu hak tebus rugi kepada mangsa yang telah diganggu secara seksual.  Kerajaan sudah merancang dengan kelulusan perjawatan tribunal yang baru disahkan semalam,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian menjawab soalan Wong Shu Qi [PH-Kluang] mengenai status terkini penubuhan tribunal berkaitan akta itu.

Terdahulu, Dewan Rakyat diberitahu tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2022 secara rasmi ditubuhkan selepas JPA meluluskan perjawatan bagi badan itu semalam.

Sebelum ini, Akta Antigangguan Seksual 2022 dikuatkuasakan secara berperingkat mulai 28 Mac 2023.

Jelas Nancy, fasa pertama penguatkuasaan akta itu melibatkan advokasi gangguan seksual kepada orang awam, manakala penubuhan Tribunal Antigangguan Seksual pula pada fasa kedua.

“Bagi melaksana keperluan fasa pertama, kementerian pada masa ini memberi fokus kepada meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat umum mengenai akta 840 serta mengetahui betapa seriusnya isu yang melibatkan gangguan seksual.

“Perkara ini diterjemah menerusi program Jerayawara Kasih KPWKM Advokasi Antigangguan Seksual yang telah dirangka diadakan di setiap negeri.

“Sejak pelancaran program itu di Putrajaya pada 29 Mei 2023, KPWKM bersama agensi-agensi di bawah seliaannya khususnya Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah menjelajah dan menganjurkan 11 siri jerayawara di seluruh negara, kita ada tiga lagi yang belum dilakukan,” katanya.

Nancy berkata, buat permulaan pihaknya akan mewujudkan platform itu sahaja dan tiada keperluan untuk menubuhkan tribunal itu di seluruh negara.

“Sebagai permulaan, buat masa ini, tribunal akan diwujudkan di Kuala Lumpur dahulu dan sekiranya di masa hadapan terdapat keperluan untuk ditambah ke negeri-negeri lain, kita akan teliti semula dan usahakan sebaiknya.

“Walaupun begitu, Seksyen 12 (3) Akta Antigangguan Seksual 2022 ada memperuntukkan bahawa tribunal boleh bersidang dalam satu atau lebih persidangan pada mana-mana hari dan pada bila-bila masa atau di mana-mana tempat sebagaimana ditentukan oleh presiden.

“Sekiranya ada keperluan untuk tribunal bersidang di negeri-negeri lain, ia masih boleh dilaksanakan melalui peruntukan undang-undang dalam akta ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya