Kepentingan kepelbagaian biologi kepada Malaysia

Kepentingan kepelbagaian biologi kepada Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

—————————MUKADIMAH ——————————————————————————————————————————-

Kedudukan Malaysia  antara 17 buah negara yang paling kaya dengan biodiversiti atau dikenali sebagai wilayah biodiversiti mega (megadiverse) menjadikan Persidangan Kepelbagaian Biologi yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memberi signikan jelas kenapa program seumpama ini wajar diadakan dalam usaha  memberi kesedaran  mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dan sumber asli yang dimiliki.

Ini kerana Malaysia memiliki khazanah alam yang tidak terhitung nilainya yang memberi manfaat dalam pelbagai bidang khususnya penyelidikan saintifik  dan  kelangsungan hidup manusia. 

Persidangan ini menjadi harapan kepada khususnya pencinta alam sekitar dan saintis penyelidik supaya satu deklarasi ataui akta dihasilkan yang menunjukkan komitmen kerajaan dalam memulihara kepelbagaian biologi.

Penglibatan ramai pembentang daripada pelbagai kepakaran sama ada daripada pegawai agensi kementerian dan tokoh alam sekitar pastinya memberiiipnut menarik sekiranya akta kepelbagaianan biologi akan diwujudkan.

Persidangan ini merupakan julung kali diadakan dan penganjuran persidangan ini merupakan titik tolak inisiatif Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)  dalam pengurusan kepelbagaian biologi negara dengan lebih menyeluruh selari dengan penubuhan Pusat Biodiversiti Malaysia kelak

Sempena persidangan tersebut Utusan Online menyediakan laporan khas mini sebagai menyokong persidangan   yang amat penting ini.

——————————————————————————————————————————

Malaysia adalah sebuah negara kedua belas teratas di dunia yang kaya dengan kepelbagaian biologi.  

Adalah dianggarkan terdapat kira kira 15,000 spesies tumbuhan vaskular, lebih 300 spesies haiwan mamalia, 740 spesies burung, 240 spesies amfibia, 560 spesies reptilia 450 spesies ikan air tawar, lebih 500 spesies ikan laut dan lebih 150,000 spesies invertebrate di negara ini.

Sebahagian daripada tumbuhan dan haiwan yang ada dalam hutan simpan Malaysia yang berperanan menyumbang kepada kesejahteraan kehidupan manusia dan hidupan lain. 

Maklumat yang ada masih belum lengkap dan nombor sebenar boleh berubah-ubah berdasarkan rujukan yang dibaca. 

Menurut Presiden Persatuan Ekologi Malaysia, Dr Ahmad Ismail, kajian yang lebih lanjut diperlukan untuk mendapatkan maklumat sebenar kepelbagaian biologi di hutan Malaysia dan kepentingannya kepada manusia. 

Malah kata beliau, nama-nama tumbuhan dan haiwan pun masih berkurangan terutama dalam bidang taksonomi dan ekologi tumbuhan.

Ujar beliau lagi, kepelbagaian biologi penting dalam pertanian, perhutanan, genetik, perubatan dan rekreasi. Sukar untuk diterangkan secara terperinci kerana tidak banyak kajian dilakukan di tempat-tempat tertentu atas berbagai sebab, “ujar beliau.

Antaraya kurang kesedaran tentang pentingnya jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mendiami hutan serta fungsinya dan faedahnya kepada manusia. 

Malah kata Ahmad, banyak yang perlu dipelajari daripada hutan yang penuh rahsia.

Tidak ketinggalan bagi haiwan dan tumbuhan air tawar dan yang hidup di laut. Manusia selalunya lalai tentang udara dan air yang bersih

Sejak kewujudan manusia di muka bumi,  mereka lupa akan udara bersih yang percuma untuk bernafas dan air yang bersih juga untuk minuman, kebersihan dan kesegaran badan. Generasi sekarang yang belajar tentang fotosintesis di sekolah juga lupa akan peranan hutan dan tumbuh-tumbuhan kepada manusia.

Walaupun manusia mendapat makanan daripada ladang seperti ikan, daging, ayam, telur dan sayuran, tetapi pada asalnya dan teknologi akan datang adalah datangnya daripada kepelbagaian biologi yang ada di dalam hutan. 

Kurang kajian menyebabkan manusia tidak sedar yang makanan dan sumber tenaga itu datangnya daripada hutan.

Beliau memberi contoh, madu lebah yang mempunyai banyak khasiat dan nilai kesihatan tinggi kepada manusia adalah antara sumber hutan yang penting, maka sudah tentu manusia dapat menilai kepentingan kepelbagaian biologi dalam hutan untuk kesihatan dan ekonomi tempatan.

Sampai sekarang belum ada lagi usahawan lebah madu di pinggir hutan seperti di Taman Negara, Belum-Temenggor dan Ulu Muda. Import madu tinggi untuk keperluan rakyat Malaysia.

Ekosistem pantai dan laut seperti hutan bakau, rumput laut dan terumbu karang juga merupakan ekosistem yang kaya dengan kepelbagaian biologi. 

Ahmad menjelaskan, kawasan berkenaan sangat penting bagi sumber perikanan dan pelancongan. Nelayan pantai bergantung kepada sumber ikan di ekosistem berkenaan dan kalau merujuk kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 2030) number 1, berkaitan kemiskinan maka ekosistem berkenaan dan kepelbagaian biologi di dalamnya sangat penting.

Beberapa SDG adalah berkaitan seperti SDG1, SDG2, SDG 13, SDG14, SDG15.

Sumber kepelbagaian biologi juga sangat penting untuk aktiviti pelancongan. Aktiviti eko-pelancongan seperti memerhati burung dan memancing merupakan antara aktiviti eko-pelancongan dan rekreasi yang penting serta mendatangkan ekonomi yang baik untuk penduduk tempatan dan negara. 

Secara umumnya kepelbagaian biologi sangat penting dan kekayaan kepelbagaian biologi Malaysia memerlukan kajian yang lebih banyak dan mendalam.

Malaysia memerlukan Muzium Alam Semula Jadi. Lebih 70 peratus spesies di dunia ada di Malaysia.  Alam semula jadi yang tidak dijaga akan mengundang bencana alam kepada manusia yang mana akan lebih rugi daripada untung.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya