Kepelbagaian biologi kesejahteraan manusia

Kepelbagaian biologi kesejahteraan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH ——————————————————————————————————————————-

Kedudukan Malaysia  antara 17 buah negara yang paling kaya dengan biodiversiti atau dikenali sebagai wilayah biodiversiti mega (megadiverse) menjadikan Persidangan Kepelbagaian Biologi yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memberi signikan jelas kenapa program seumpama ini wajar diadakan dalam usaha  memberi kesedaran  mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dan sumber asli yang dimiliki.

Ini kerana Malaysia memiliki khazanah alam yang tidak terhitung nilainya yang memberi manfaat dalam pelbagai bidang khususnya penyelidikan saintifik  dan  kelangsungan hidup manusia. 

Persidangan ini menjadi harapan kepada khususnya pencinta alam sekitar dan saintis penyelidik supaya satu deklarasi atau akta dihasilkan yang menunjukkan komitmen kerajaan dalam memulihara kepelbagaian biologi.

Penglibatan ramai pembentang daripada pelbagai kepakaran sama ada daripada pegawai agensi kementerian dan tokoh alam sekitar pastinya memberi input menarik sekiranya akta kepelbagaianan biologi diwujudkan.

Persidangan ini merupakan ynag julung kali diadakan merupakan titik tolak inisiatif Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)  dalam pengurusan kepelbagaian biologi negara dengan lebih menyeluruh selari dengan penubuhan Pusat Biodiversiti Malaysia kelak

Sempena persidangan tersebut Utusan Online menyediakan laporan khas mini sebagai menyokong persidangan   yang amat penting ini.

————————————————————————————————————————

Kepelbagaian biologi merangkumi kepelbagaian ekosistem, spesies dan genetik. Ia adalah sebahagian sumber asli negara yang boleh dimanfaatkan untuk kesejahteraan kita dan pembangunan sosioekonomi manakala taksonomi adalah ilmu pengetahuan yang menjadi alat bagi kita memahami dan menghayati kepelbagaian biologi. 

Tanpa ilmu asas kita tidak mampu mengenali apa yang kita miliki dan bagaimana kita boleh menggunakan dalam bidang bioteknologi dan ekopelancongan.

Pakar taksonomi tempatan Prof Emeritus Datuk Dr. Abdul Latif Mohamad berkata, Malaysia perlu menjaga kepelbagaian ekosistem yang boleh menggalakkan ekopelancongan dan sebaliknya jika berlaku sebaliknya, pelancong yang  berminat dengan alam semula jadi tidak lagi berminat untuk berkunjung ke negara ini dan negara akan  hilang pertukaran wang asing. 

“Kalau kita jaga kepelbagaian spesies kita menjadi khalifah yg berjasa kepada kehidupan dan dan sekiranya kita menjaga kepelbagaian genetik, kita ada peluang membina teknologi berasaskan sumber asli dan juga menjaminkan makanan pada masa depan, “ ujarnnya yang juga penerima anugerah ijazah kehormat  Kepelbagaian Biologi pada konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-21 baru-baru ini.

Menurut beliau yang juga bekas Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , kepelbagaian biologi merangkumi kepelbagaian ekosistem, spesies dan genetik. Ia adalah sebahagian sumber asli negara yg boleh dimanfaatkan untuk kesejahteraan kita dan pembangunan sosioekonomi. 

Taksonomi pula kata beliau adalah pengetahuan yang menjadi alat bagi kita memahami dan  menghayati kepelbagaian biologi.

“Tanpa ilmu asas kita tidak mampu mengenali apa yang kita miliki dan bagaimana kita boleh menggunakan dalam bioteknologi dan ekopelancongan.

 

 

 

 

Menurut Abdul Latif lagi, sekiranya kita menjaga kepelbagaian biologi, kita boleh galakkan bidang penyelidikan yang membawa banyak manfaat.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya