Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diwujudkan semula - Ahmad Zahid

Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diwujudkan semula – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi ketika hadir pada perjumpaan khas bersama kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap Kementerian Wilayah Persekutuan dapat diwujudkan semula jika berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Tanpa menjelaskan lebih lanjut rasional untuk mewujudkan semula kementerian itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) sangat berharap ia dapat direalisasikan.

“Sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, saya harap kementerian itu dapat diwujudkan semula,” katanya ketika ditemui selepas program Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya di sini hari ini.

Katanya, beliau juga mengesahkan rombakan Kabinet pasti akan berlaku memandangkan satu jawatan menteri kosong susulan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

“Ia mesti ada (rombakan Kabinet) dan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.

Mengulas ura-ura kononnya beliau bakal dilantik semula mengemudi Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ahmad Zahid berkata, beliau sanggup
memikul apa sahaja jawatan.

“Saya pun sudah lihat berita itu tetapi Perdana Menteri belum beritahu saya lagi. Sebenarnya, kementerian mana saya pergi pun saya bersedia.

“Biarpun saya memegang jawatan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, namun saya turut mengemudi pelbagai jawatankuasa Kabinet, jawatankuasa peringkat tertinggi dan pasukan petugas khas, malah ia melibatkan pelbagai kementerian,” katanya.

Katanya, beliau juga pernah mengemudi jawatankuasa berkenaan ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum ini namun, kali ini tugas itu lebih ringan.

Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor bersedia membuat rombakan dalam masa terdekat, antaranya melibatkan Kabinet, Ketua Setiausaha (KSU), anggota birokrasi, kakitangan awam, dan pejabatnya sendiri.

Desa-desus rombakan Kabinet timbul selepas jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kosong kerana kematian penyandangnya.

Turut bertiup kencang kononnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memegang semula portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya