Kemenangan Pas di empat negeri bukti politik matang - Utusan Malaysia

Kemenangan Pas di empat negeri bukti politik matang

Pas
AHMAD Yakob
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kemenangan Pas di empat buah negeri pada pilihan raya negeri (PRN) dua bulan lalu membuktikan budaya politik matang yang dibawa parti itu berjaya.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, budaya politik ini tercetus apabila kepimpinan parti memahami budaya politik di negara, sekaligus menjadi faktor utama kemenangan tersebut.

“Di peringkat Parlimen pula, Pas berjaya memenangi 49 kerusi manakala Bersatu menang 24 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita harus mengekalkan momentum ini pada pilihan raya umum akan datang dengan memenangi lebih banyak kerusi,” katanya dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) Ke-63, malam tadi.

Jelasnya, walaupun gembira dengan kemenangan tersebut, namun beliau meminta DMPM memikirkan bagaimana untuk memenangi semula dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, iaitu Kota Lama dan Galas.

Menurutnya, bahagian komunikasi perlu diperkasakan di kedua-dua DUN tersebut yang dihuni majoritinya penduduk bukan Melayu.

“Kita perlu berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam supaya mereka dapat memahami perjuangan yang dibawa Pas. Malah sekiranya berkomunikasi dengan orang bukan Islam, kita perlu menunjukkan contoh baik yang diajar oleh Islam,” jelasnya.

DUN Galas kini disandang Mohd. Syahbuddin Hashim manakala Dr. Hafidzah Mustakim pula menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama. 

Dalam pada itu, Ahmad Yakob dalam ucapan sama menegaskan Pas mengutuk serangan terbaru Israel terhadap Palestin, yang mengakibatkan lebih 3,000 rakyat negara itu terkorban.

Beliau berkata, tindakan tentera Zionis yang berterusan membunuh kanak-kanak dan wanita merupakan satu tindakan pengecut kerana dua kumpulan tersebut bukan lawan sebenar mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya