Kembali ke Kabinet hanya khabar angin - Saravanan - Utusan Malaysia

Kembali ke Kabinet hanya khabar angin – Saravanan

M. SARAVANAN berucap pada Konvensyen Perwakilan MIC Perak Ke-77 di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menafikan laporan beliau akan kembali ke Kabinet dan menyifatkan perkara itu sebagai khabar angin.

Timbalan Presiden MIC itu berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan dengan Perdana Menteri.

Menurutnya, pendirian MIC ialah menyokong pemimpinan Perdana Menteri demi kestabilan politik negara.

“Perkara itu (kembali ke Kabinat) hanya khabar angin, ia tidak pernah dibincangkan dengan Perdana Menteri, jadi kita anggap ia sebagai khabar angin,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Konvensyen Perwakilan MIC Perak ke-77 di sini hari ini.

Menurutnya, MIC menyatakan kepada Perdana Menteri parti itu akan memberikan sokongan penuh kepada kerajaan.

“MIC menyokong Perdana Menteri tanpa ada sebarang ugutun,” katanya.

Saravanan ditanya mengenai laporan beliau antara nama terbaru muncul dalam perbincangan semasa mengenai rombakan jemaah Menteri.

Saravanan dikatakan mungkin kembali menganggotai Kabinet, perubahan yang dikatakan dibuat atas sebab politik.

Timbalan Presiden MIC itu dikatakan mungkin kembali ke Kabinet untuk mengukuhkan sokongan masyarakat India kepada kerajaan, susulan perubahan ketara dalam undi komuniti itu kepada pembangkang pada PRN enam negeri, Ogos lalu.

Saravanan, Ahli Parlimen Tapah merupakan Menteri Sumber Manusia dari 2020 hingga 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya