Kematian rakyat Malaysia jadi mangsa pemerdagangan perlu disiasat 

Kematian rakyat Malaysia jadi mangsa pemerdagangan perlu disiasat 

HISHAMUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Siasatan secara telus perlu dilakukan berhubung kematian rakyat Malaysia yang juga mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar ketika berada dalam tahanan imigresen di sana.

Mangsa merupakan seorang bekas pengajar tahfiz, Muhammad Izzat Abdul Wahab, 28 tahun berasal daripada Kuantan, Pahang.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya telah dihubungi mangsa yang meminta bantuan untuk diselamatkan.

 Kata beliau, setelah aduan diterima, wakil MHO di Myanmar telah membantu dan menyelamatkan mangsa dari tempat dia ditahan sebelum dibawa ke Pejabat imigresen Myanmar untuk urusan dokumentasi. 

“Malangya, MHO menerima maklumat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bekerjasama di Myanmar bahawa Muhammad Izzat telah meninggal dunia,” katanya di sini.

Hishamuddin berkata, punca kematian tidak diketahui secara rasmi namun dimaklumkan kerana serangan jantung.

Bagaimanapun, hasil rujukan dengan keluarga mangsa memaklumkan lelaki terbabit tiada rekod sakit jantung.

“Ini menimbulkan tanda tanya. Adakah benar punca kematian mangsa adalah sakit jantung atau ada sebab lain yang cuba disembunyikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya