Kedai gunting rambut RM10 tarik lebih 60 pelanggan sehari

Kedai gunting rambut RM10 tarik lebih 60 pelanggan sehari

IZRA Faiqah Nokman bertanggungjawab menyelia dua kedai gunting rambut milik bapanya, Nokman Mat Alip yang menawarkan harga rahmah serendah RM10. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebuah kedai gunting rambut di Ayer Keroh di sini menawarkan harga rahmah iaitu RM10 kepada semua pelanggan tanpa mengira had usia berbanding kedai lain yang mengenakan bayaran sehingga RM20.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, pemilik Kedai Gunting Rambut Aseeana, Nokman Mat Alip, 60, berkata, dia mendapat inspirasi untuk membuka kedai gunting rambut sendiri susulan banyak kedai yang menyediakan perkhidmatan itu tidak lagi beroperasi selepas negara memasuki fasa pasca pandemik Covid-19.

Katanya, dia memilih lokasi berhampiran kedai gunting rambut yang telah menutup operasi supaya dapat memberi perkhidmatan sama pada harga berpatutan kepada masyarakat setempat.

“Ketika ini saya memiliki dua kedai gunting rambut iaitu di Taman Asean yang telah dibuka pada 2021 sementara di Kota Tun Fatimah baharu tiga bulan beroperasi. Kadar sewa bulanan yang rendah membantu saya mengekalkan harga rahmah.

“Konsep kedai saya mudah, mahu berbakti kepada masyarakat tanpa mengira kaum. Alhamdulillah, setelah dua tahun kedai saya semakin dikenali dan ada pelanggan yang sanggup datang dari jauh seperti Batu Pahat, Johor dan Tampin, Negeri Sembilan untuk menggunting rambut.

“Saya anggap nilai perbezaan harga pasaran dan caj yang dikenakan sebagai sedekah. Insya-Allah cawangan kedai gunting harga rahmah ini akan diperluas ke Kampung Lapan dan Cheng tidak lama lagi,” katanya.

Tambah Nokman, dengan hanya mengenakan caj RM10 untuk potongan biasa, dia mampu memperoleh pendapatan sehingga RM4,000 sebulan.

Menurutnya, dia kini tidak menang tangan apabila lebih 60 pelanggan datang ke kedainya setiap hari dengan pendapatan purata kira-kira RM700 sehari.

“Walaupun harga RM10 tetapi kualiti potongan setanding kedai gunting atau salun premium. Rata-rata pelanggan berpuas hati kerana mereka boleh mendapatkan pelbagai gaya potongan pada harga rahmah.

“Selain itu, khidmat mencukur misai, jambang dan mewarnakan rambut juga lebih murah berbanding kedai lain. Boleh kata semua servis di kedai ini adalah harga rahmah,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya