KDNK 2023 perlu capai 4 peratus - PM

KDNK 2023 perlu capai 4 peratus – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencapai sekurang-kurangnya empat peratus bagi tahun ini.

Perdana Menteri berkata, walaupun ekonomi negara di landasan yang tepat, kerajaan tidak harus mendabik dada dan terlalu cepat berpuas hati serta perlu diakui bahawa situasi ekonomi global memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara.

“KDNK pada suku kedua 2023 mencatat pertumbuhan lebih sederhana sebanyak 2.9 peratus ketimbang 5.6 peratus pada suku pertama 2023. Secara keseluruhan, kita mencapai pertumbuhan separuh pertama 2023 sebanyak 4.2 peratus.

“Pencapaian ini cerminan permintaan eksport yang lebih perlahan selain dampak asas yang tinggi pada suku kedua tahun lalu. Seiring realiti perkembangan ini, pertumbuhan KDNK bagi tahun 2023 harus diunjur semula kepada sekitar empat peratus,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya