KDN wartakan larangan terbit buku 'When I Was A Kid 3'

KDN wartakan larangan terbit buku ‘When I Was A Kid 3’

Buku ditulis pada 2014 oleh penulis Malaysia yang lahir di Singapura dikenali sebagai Cheeming Boey.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah buku bertajuk When I Was A Kid 3 oleh Cheeming Boey dikenakan perintah larangan penerbitan secara mutlak di negara ini.

Perintah Larangan itu diwartakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 283 bertarikh 25 September 2023 selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

KDN dalam kenyataan memaklumkan, di bawah akta itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan tersebut dilarang secara mutlak di Malaysia.

“Hasil penerbitan tersebut dikenakan tindakan Perintah Larangan kerana ia merupakan hasil penerbitan memudaratkan atau mungkin memudaratkan moral, kepentingan awam dan negara dengan menimbulkan kebimbangan dan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

“Kerajaan ingin menyatakan komitmen berterusan dalam melaksanakan tindakan kawal selia penerbitan khususnya bagi mencegah penyebaran elemen, fahaman dan gerakan yang bercanggah dengan sosiobudaya tempatan yang boleh mengancam keharmonian dan perpaduan nasional demi kesejahteraan bersama,” katanya hari ini.

KDN berkata, berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit atau menjual apa-apa hasil penerbitan larangan itu adalah melakukan suatu kesalahan.

Ini termasuk mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“KDN sekali lagi ingin menyatakan komitmen dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam melalui tindakan penyeliaan dan kawalan terhadap penerbitan.

“Ia bagi membanteras penyebaran elemen, fahaman, dan gerakan yang bercanggah dengan sosiobudaya tempatan dari semasa ke semasa secara berterusan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya.

Buku ditulis pada 2014 oleh penulis Malaysia yang lahir di Singapura dikenali sebagai Cheeming Boey, 45, yang kini menetap di Amerika Syarikat itu menceritakan mengenai zaman kanak-kanaknya.

Bagaimanapun, pada Jun lalu, beberapa rakyat Indonesia yang diketuai NGO Corong Rakyat mengadakan bantahan di luar Kedutaan Malaysia di Jakarta terhadap penerbitan buku itu kerana mendakwa satu daripada petikan dalam buku terbabit menceritakan mengenai seorang pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja di Malaysia dan dikritik secara tidak adil. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya