KDN benar FDAM beroperasi semula - Utusan Malaysia

KDN benar FDAM beroperasi semula

ZULKEFLIE M OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dibenarkan beroperasi secara rasmi semula setelah mendapat keputusan rayuan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertarikh 15 September 2023.

Pemangku Presiden FDAM, Datuk Zulkeflie M. Osman berkata, keputusan rayuan FDAM diluluskan dengan syarat oleh kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 18, Akta Pertubuhan 1966.

“FDAM diminta untuk hadir kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung maklumat dan tindakan penambahbaikan yang dikemukakannya dalam tempoh 90 hari dari tarikh surat tersebut.

“Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara diminta pihak JPPM seperti logo rasmi FDAM belum diluluskan sehingga diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diadakan pada penghujung tahun ini, katanya dalam kenyataan, semalam.

Turut hadir, Setiausaha FDAM, Mohamad Zaini Hassanda dan Bendahari FDAM, Logananthan Kanabathy di pejabat JPPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam.

Terdahulu, pada 7 Jun lepas, Pendaftar Pertubuhan (RoS) membubarkan FDAM disebabkan perlanggaran sebahagian daripada akta perlembagaan yang dianggap tidak kukuh oleh RoS.

Zulkeflie berkata, pihak FDAM mengucapkan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama timbalannya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, pegawai KDN dan JPPM yang membantu FDAM untuk beroperasi semula.

Tambah beliau,penghargaan juga diberikan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) atas dorongan, nasihat serta sokongan dalam membantu usaha memulihkan status FDAM yang terbatal sebelum ini.

“Fokus dan hala tuju FDAM kini untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan persatuan termasuk langkah-langkah penambahbaikan dan idea-idea baharu yang perlu ada bagi kemajuan persatuan.

“Diharapkan agar hubungan serta kerjasama FDAM dengan pihak kementerian, jabatandan pihak swasta yang berkaitan dengan perfileman serta stesen TVakanlebihdiperkukuhkan selepas ini, katanya dalam kenyataan.

Sebagai Persatuan tunggal yang mentauliahkan pengarah filem di Malaysia, pihak FDAM sentiasa mengharap sokongan penuh daripada semua pihak dalam melahirkan pengarah yang kompeten serta dapat menyahut cabaran dalam dunia perfilman seiring kemajuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) pada masa kini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya