KBS serah FAM, MFL isu gaji pemain tertunggak - Utusan Malaysia

KBS serah FAM, MFL isu gaji pemain tertunggak

Tunggakan gaji
ADAM Adli Abdul Halim (tengah) bergambar bersama semua pasukan yang bertanding dalam kejohanan tersebut di Arena EV, Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) perlu bertindak bagi menyelesaikan isu tunggakan bayaran gaji pemain dalam Liga Super.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata dua badan tertinggi bola sepak negara itu perlu membantu mencari penyelesaian sebelum kementeriannya campur tangan bagi mengatasi kemelut tersebut.

“Dua badan tertinggi bolasepak negara itu mampu menyelesaikan isu berkenaan memandangkan ia isu yang sama berlaku setiap tahun.

Ini adalah bidang kuasa FAM dan MFL bagi selesaikan isu ini. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan masuk campur sekiranya diperlukan. KBS mengikut perkembangan isu ini,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Flag-Football Peringkat Asia-Oceania, hari ini.

Utusan Malaysia pada Rabu lalu melaporkan hampir separuh daripada 14 pasukan dalam Liga Super masih lagi berdepan isu gaji tertunggak pemainnya pada musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, pihaknya kini sedang berhubung dengan kelab terbabit dalam usaha mencari kaedah penyelesaian terbaik.

Dalam pada itu, Adam Adli turut menjelaskan KBS enggan menetapkan had gaji pemain tempatan dan import berhubung isu tersebut demi kebaikan perkembangan sukan nombor satu negara itu.

“Kita tidak boleh menyekat profesionalism dalam bola sepak. Seperti sukan lain, KBS mahu melihat bolasepak negara ke tahap lebih baik seperti yang ditonjolkan ketika ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya