Kapal kargo dari Panama ditahan berlabuh tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Kapal kargo dari Panama ditahan berlabuh tanpa kebenaran

MARITIM MALAYSIA Pulau Pinang menahan sebuah kapal kargo dari Panama, Amerika Selatan yang disyaki berlabuh tanpa kebenaran di perairan Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah kapal kargo dari Panama, Amerika Selatan yang disyaki berlabuh tanpa kebenaran di perairan negeri ini semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim SP Nak Rong berkata, kapal kargo itu ditahan di kedudukan 31.48 kilometer barat Muka Head, di sini pukul 4.50 petang semalam.

Katanya, pusat operasi Maritim Negeri Pulau Pinang menerima maklumat daripada Jabatan Laut negeri berkenaan kapal tersebut yang tidak mempunyai kebenaran untuk bersauh di posisi berkenaan.

ANGGOTA Maritim Malaysia Pulau Pinang melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kapal kargo dari Panama, Amerika Selatan yang disyaki berlabuh tanpa kebenaran di perairan Pulau Pinang semalam.

”Pihak kami dengan serta-merta mengarahkan KM Sikuati di dalam perintah operasi melakukan rutin pemeriksaan dan penggeledahan ke atas kapal kargo berkenaan.

”KM Sikuati seterusnya berusaha merapat bersama kapal kargo berkenaan dan mendapati 19 kru termasuk kepten kapal warga China yang kesemuanya berusia 27 hingga 54 tahun berada di atas kapal kontena tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kapal yang didaftarkan di Panama itu disyaki melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

”Kapal kargo itu bersama kru kemudian ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu berlabuh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

”Maritim Negeri Pulau Pinang menghargai segala bentuk aduan oleh agensi kerajaan serta komuniti nelayan di atas maklumat yang disalurkan bagi menguatkuasakan undang-undang di perairan Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya