Kalau ada, adalah - Tony Eusoff tak kejar jodoh

Tony Eusoff tak kejar jodoh, kalau ada, adalah…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Tony Eusoff memaklumkan selesa hidup bujang dan tidak tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga.

Jelasnya, perkahwinan bukan keutamaan kerana merasakan diri belum cukup mampu untuk memberikan kehidupan yang baik kepada keluarga sekiranya berkahwin.

“Saya belum mahu mendirikan rumah tangga sebab tak cukup mampu untuk berikan kehidupan yang saya mahukan sekiranya memiliki isteri dan anak.

“Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, saya rasa lebih elok saya tak kejar (jodoh). Jika ada, adalah,” kongsinya ketika sidang media filem Harimau Malaya.

Dalam masa yang sama Tony juga memaklumkan keluarganya tidak pernah memaksa dan cukup memahami pilihannya untuk tidak tergesa-gesa untuk mencari suri hati dan berumah tangga.

“Dalam dunia ini, mustahil setiap manusia itu berkahwin kerana pasti ada yang hidupnya solo. Saya percaya rezeki jodoh setiap manusia tak sama.

“jadi memandang negatif kepada individu yang belum mahu berkahwin. Perkahwinan bukan keutamaan dalam hidup saya dan banyak lagi matlamat yang kita kena capai selainnya

“Hidup asal bahagia, dapat kasih sayang keluarga dan rakan-rakan itu sudah memadai untuk saya buat masa ini. Itu lebih penting,” jelasnya.

Pelakon yang dikenali menerusi filem Di Ambang Misteri ini bagaimanapun tidak menafikan wujud wanita yang cuba mendekati dan berminat menjalin hubungan istimewa dengannya.

“Tapi itulah seperti saya katakan itu bukan keutamaan, lebih-lebih pada usia saya sekarang ini. Apa yang saya pentingkan adalah ibu saya yang kini berusia 76 tahun.

“Banyak benda yang kita kena fikirkan dalam mencari pasangan lebih-lebih lagi penerimaan mereka terhadap keluarga saya. Jadi saya tak mahu runsing memikirkan soal itu. Kalau ada jodoh, adalah. Saya tak mencari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya