Juruelektrik ambil upah 'transporter' ditahan ketika pindah syabu RM5j - Utusan Malaysia

Juruelektrik ambil upah ‘transporter’ ditahan ketika pindah syabu RM5j

KHAW Kok Chin (tengah) menunjukkan bungkusan teh Cina yang mengandungi dadah jenis syabu yang dirampas polis dalam sidang akhbar di IPK Pulau Pinang, George Town hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Tindakan berani seorang juruelektrik yang mengambil upah membawa dadah jenis syabu bernilai RM5.187 juta memakan diri selepas dia ditahan polis Pulau Pinang dalam Ops Tapis semalam.

Lelaki berusia 34 tahun dari Lembah Klang itu ditahan ketika sedang memindahkan dadah berkenaan dari sebuah kenderaan jenis Honda HRV ke dalam kereta jenis Perodua Bezza di kawasan perindustrian Bandar Cassia, Batu Kawan dekat sini, kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, pemeriksaan lanjut lanjut ke atas kedua-dua kenderaan berkenaan menemukan enam guni bertulisan bahasa Thailand yang mengandungi 150 bungkus dadah jenis syabu seberat 157.2 kilogram yang diisi di dalam paket produk teh Cina.

“Siasatan lanjut mendapati suspek itu berperanan sebagai transporter untuk membawa bekalan dadah dipercayai dari Thailand itu ke negeri ini serta ke Lembah Klang.

“Hasil saringan air kencing suspek didapati negatif sebarang jenis dadah, namun dia mempunyai satu rekod jenah lampau.

“Bekalan dadah itu jika terlepas ke pasaran boleh digunakan oleh seramai 926,000 orang,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurut Kok Chin, suspek kini direman selama selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, tambahnya, polis percaya suspek bukan pertama kali mengambil upah sebagai ‘transporter’ untuk memindahkan dadah, namun siasatan lanjut termasuk mengesan saki-baki sindiket pengedaran dadah berkenaan masih dijalankan.

Dalam pada itu, difahamkan, lelaki berkenaan yang sudah berkahwin berkenaan menerima upah sebanyak RM5,000 bagi setiap penghantaran dan menggunakan kenderaan sewa untuk melakukan kerja tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya