Jumlah pelajar positif dadah menyusut

Jumlah pelajar positif dadah menyusut

fadfhlina
FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah pelajar yang didapati positif dan terlibat dalam aktiviti penagihan dadah menurun kepada 0.64 peratus sehingga September tahun 2023 berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya melakukan kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam melaksanakan saringan ujian urin kepada murid sekolah.

Jelas beliau, usaha tersebut selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2010: Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah.

“Pada tahun 2019, sebanyak 3.0 peratus murid yang disaring adalah positif. Peratusan ini menurun kepada 2.16 peratus pada tahun 2020.

“Pada tahun 2021, ujian urin tidak dilaksanakan kerana murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR). Pada tahun 2022, sebanyak 1.18 peratus murid yang disaring telah didapati positif,” katanya menerusi jawapan bertulis dalam mesyuarat ketiga, penggal kedua parlimen ke-15.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal itu menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Kapar, Dr. Halimah Ali.

Sementara itu, mengulas mengenai jumlah pelajar yang dijangkiti dengan penyakit penyakit kelamin (STD), Fadhlina berkata, bagi bawah kategori umur 13 hingga 17 tahun sebanyak 146 kes direkodkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada KKM penyakit STD yang direkodkan ialah Syphilis, Gonorrhoea, Chancroid dan Human Immunodeficiency Virus (HIV). Bagi penyakit STD bawah kategori umur 13 hingga 17 tahun yang dinotifikasikan kepada KKM, data menunjukkan bahawa sebanyak 255 kes telah direkodkan pada tahun 2018.

“Manakala pada tahun 2019 pula, sebanyak 225 kes penyakit STD yang telah direkodkan. Manakala bagi tahun 2020, sebanyak 191 kes penyakit STD telah direkodkan. Pada tahun 2021 pula 96 kes,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya