JPJ Pulau Pinang anjur Program MyLesen 2023

JPJ Pulau Pinang anjur Program MyLesen 2023

Reezal Merican Naina Merican (baju kuning) bergambar dengan penerima MyLesen Memandu B2 di Dewan Dahlia Midtown Perda, Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROGRAM MyLesen 2023 anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang diadakan di Dewan Dahlia Midtown Perda, Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.

Pengarah JPJ negeri itu, Adenan Md Isa berkata, seramai 630 peserta, termasuk 250 pelajar sekolah menengah tingkatan empat di daerah Seberang Perai Utara (SPU) mendapat Lesen Memandu (B2).

Mereka mengikuti kelas memandu yang dikendalikan oleh SPM Driving Academy Bertam Sdn. Bhd, Institut Memandu Lima Bintang Abadi Sdn. Bhd, Pusat Latihan Memandu Melati (NT) Sdn. Bhd, I.D.I Driving Institute Sdn. Bhd,

Pusat Latihan Memandu Gabungan Usahamaju Sdn. Bhd, Pusat Latihan Memandu Bertam Sdn. Bhd, Akademi Memandu Berjaya Sdn. Bhd dan Pusat Latihan Memandu Balik Pulau Sdn. Bhd.

Menurutnya, setelah mempunyai lesen itu, mereka boleh memandu kenderaan sendiri ke mana sahaja lokasi disukai dengan cara berhemah ikut undang-undang jalan raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyampaikan MyLesen B2 kepada peserta program berkenaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya