Jerebu: Larkin, Pasir Gudang dan Batu Pahat  catat IPU tak sihat

Jerebu: Larkin, Pasir Gudang dan Batu Pahat  catat IPU tak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak tiga kawasan di Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan antara 101 hingga 200, setakat pukul 9 pagi ini. 

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), rekod IPU tertinggi direkodkan di dua kawasan di negeri Johor iaitu Pasir Gudang, iaitu 152 diikuti Larkin (156). 

Sementara itu, 55 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana dengan bacaan 51 hingga 100.

Data sama turut menunjukkan hanya 10 kawasan di Semenanjung merekodkan tahap IPU yang baik iaitu di bawah 50. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya