GOMBAK: Jenazah pelakon, Allahyarham Badrul Muhayat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda sekitar pukul 9.45 pagi tadi.
Jenazah pelakon yang popular menerusi watak Harry Boy itu itu selesai dimandi dan dikafankan di Masjid Al-Hidayah, Sentul sebelum disembahyangkan lebih 100 orang termasuk ahli keluarga dan rakan selebriti.
Allahyarham Badrul atau nama sebenarnya, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, meninggal dunia dalam tidur sekitar pukul 10 pagi semalam di sebuah inap desa di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Pelakon yang menghembuskan nafas terakhir di usia 55 tahun itu meninggalkan seorang balu, Norhayati yang baru dinikahi pada 18 April lalu.
Allahyarham juga meninggalkan dua cahaya mata, hasil perkahwinannya yang terdahulu masing-masing berusia 14 dan 16 tahun.
Selaim filem Harry Boy terbitan 1991, Badrul juga popular menerusi filem Riang Tirana (1990).