Jenazah Badrul Muhayat dibawa pulang ke Kuala Lumpur, dikebumi di Sentul pagi esok - Utusan Malaysia

Jenazah Badrul Muhayat dibawa pulang ke Kuala Lumpur, dikebumi di Sentul pagi esok

JENAZAH pelakon Badrul Muhayat dibawa pulang ke Sentul, Kuala Lumpur kira-kira pukul 7.45 petang tadi selepas urusan bedah siasat, mandi dan kafan selesai dijalankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ), Pulau Pinang. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Jenazah pelakon Badrul Muhayat, 55, dibawa pulang ke Sentul, Kuala Lumpur, malam ini selepas urusan bedah siasat, mandi dan kafan selesai dijalankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini.

Jenazah dibawa dengan van kira-kira pukul 7.45 malam tadi dengan ditemani isterinya, Norhayati Zulkapli, 50.

Sementara itu, Norhayati berkata, urusan pengebumian suaminya akan dipercepatkan dan selewat-lewatnya dilakukan pukul 8 pagi esok.

ISTERI pelakon Badrul Muhayat, Norhayati Zulkapli mengiringi jenazah suaminya dari Hospital Seberang Jaya (HSJ), Pulau Pinang ke Sentul, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 7.45 petang tadi. – Pic: IQBAL HAMDAN

“Dalam pukul 5 atau 6 pagi ini, akan selesai semuanya dan akan kebumi di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda di Kuala Lumpur, dekat dengan rumah saya.

“Pihak masjid di Sentul juga saya sudah hubungi,” katanya kepada pemberita di sini, malam ini.

Terdahulu, Badrul Muhayat dilaporkan meninggal dunia ketika tidur di sebuah inap desa di Taman Pauh Jaya, dekat sini pagi tadi.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita di pekarangan HSJ petang tadi, Norhayati berkata, dia reda dengan pemergian suaminya walaupun baru enam bulan mendirikan rumah tangga, 18 April lalu.

“Kami ke mana-mana berdua. Memang dia (arwah) dah lama hidap kencing manis. Sebelum kenal saya, badannya kurus sangat. Selepas kenal, dia mula berisi sikit.

“Saya pastikan dia tak makan manis dan ambil ubat kencing manis. Memang sedih, Tuhan bagi saya pinjam insan yang baik, dia tak nak (tidak mahu) susahkan saya. Dia selalu doakan orang, panjangkan umur dan murah rezeki.

“Keadaan jenazahnya bercahaya, senyum dan berseri-seri,” katanya.

Tambah Norhayati, mereka merancang mengadakan majlis resepsi pada Disember ini, namun belum membuat sebarang persiapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya