JBG perlu tumpu khidmat mediasi kes syariah

JBG perlu tumpu khidmat mediasi kes syariah

AZALINA Othman Said melancarkan aplikasi eKlinik 6G JBG di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Bantuan Guaman (JBG) diminta supaya lebih menumpukan kepada khidmat prosiding sulh (mediasi) bagi kes syariah dan tidak lagi menjurus kepada khidmat bantuan peguam panel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau juga mahu JBG lebih menumpukan kepada khidmat lantikan peguam panel bagi kes sivil dan jenayah.

Menurutnya, kes syariah perlu ditumpukan hanya kepada khidmat mediasi kerana ia dapat membantu kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah.

“Saya tak nak JBG sibuk dengan kes syariah sahaja dan sepatutnya mereka perlu memberi tumpuan juga kepada kes sivil dan jenayah.

“Kalau khidmat mediasi kepada kes syariah saya setuju. Sebab kes syariah ini kita nak cari jalan penyelesaian antara dua pihak. Malah, mediasi ini penting kerana kita kena ajar mereka berdamai,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan aplikasi eKlinik 6G Jabatan Bantuan Guaman (JBG) di sini hari ini.

Katanya, jika tidak cukup kakitangan bagi khidmat mediasi, JBG boleh melantik bekas-bekas hakim dan pegawai undang-undang yang sudah bersara.

Selain itu, Azalina berkata, beliau juga meminta JBG supaya bekerjasama dengan panel peguam swasta di peringkat negeri bagi lantikan peguam panel kes jenayah dan sivil.

Menurutnya, bagi tujuan itu, kerajaan bersedia membayar kepada mereka (peguam panel swasta) berdasarkan kelayakan dan jenis kes yang akan dikendalikan.

Dalam perkembangan sama, Azalina berkata, beliau juga mahu JBG terlibat secara langsung dalam menggerakkan kempen bagi memberi kesedaran kepada orang awam mengenai sindiket tipuan secara dalam talian.

“Hari ni dengan cabaran ekonomi dunia, ramai cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang cepat dengan kaedah tipuan (scam).

“Pada masa sama, saya juga mahu JBG wujudkan kiosk info di kawasan tumpuan awam termasuk kompleks beli-belah dan agensi kerajaan bagi membolehkan rakyat mendapatkan penerangan lebih mengenai kesedaran undang-undang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya