Jawatankuasa kerja Dewan Ulama Pas diumum menang tanpa bertanding - Utusan Malaysia

Jawatankuasa kerja Dewan Ulama Pas diumum menang tanpa bertanding

Dewan Ulamak Pas Pusat
PERWAKILAN Dewan Ulamak Pas hadir pada muktamar tahunanya yang ke-64 sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jawatankuasa kerja Dewan Ulama Pas Pusat bagi penggal baharu kekal selepas kesemuanya diumum menang tanpa bertanding pada pemilihannya sempena muktamar tahunannya yang ke-64, hari ini.

Ketua Dewan Ulama, iaitu Datuk Ahmad Yahya; Timbalannya, Zulkifli Ismail dan Naib Ketua, Khairul Muntanazar Ismail masing-masing menang jawatan itu secara automatik selepas tidak menerima saingan daripada pencalonan lain bagi penggal 2023 – 2025.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena; Zulkifli (Jasin) dan Khairul Muntanazaar sebelum ini berada di kedudukan itu bagi penggal 2021-2025.

Selain itu, Pengerusi Tetap, Dr. Hamdan Muhammad dan Timbalan Pengerusi Tetap, Mohd. Izwan Baidawi juga diumum menang tanpa bertanding.

Turut kekal adalah 12 ahli jawatankuasa yang juga diumum menang tanpa bertanding antaranya adalah Dr. Aminurrasyid Yatiban, Ana Masturah Ismail, Nushi Mahfodz dan Ibrahim Tahir.

Berikut adalah senarai jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat 2023 – 2025:

 

Pengerusi Tetap

Dr. Hamdan Muhammad

 

Timbalan Pengerusi Tetap

Mohd. Izwan Baidawi

 

Ketua

Datuk Ahmad Yahya (Ahli Parlimen Pokok Sena)

 

Timbalan Ketua

Zulkifli Ismail (Ahli Parlimen Jasin)

 

Naib Ketua

Khairul Muntanazar Ismail

 

Pemeriksa Kira-Kira

Muhammad Syazwan Syamil Mohd. Razman

Mohd. Mukhzin Amran

 

Ahli Jawatankuasa:

  1. Dr. Aminurrasyid Yatiban
  2. Ana Masturah Ismail
  3. Hishamudin Abdul Karim (ADUN Tepoh)
  4. Ibrahim Tahir
  5. Ibrahim Zakaria
  6. Massaudi Din
  7. Mohd. Asri Mat Daud (ADUN Demit)
  8. Muhammad Ismi Taib (Ahli Parlimen Parit)
  9. Nafiri Touzi
  10. Nushi Mahfodz (ADUN Semenyih)
  11. Syarbini Hussain
  12. Zulkarnain Hassan
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya