Jawatan menteri KPDN: Jangan buat spekulasi, kita tunggu sahaja

Jawatan menteri KPDN: Jangan buat spekulasi, kita tunggu sahaja

ARMIZAN MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung pengisian portfolio yang dipangkunya ketika ini kerana ia hak prerogatif Perdana Menteri untuk memutuskannya.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) berkata, pengisian portfolio itu perlu menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengenal pasti calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

“Jawatan menteri KPDN itu kosong dan ia perlu diisi, apatah lagi kita akan ada pembentangan Bajet 2024 serta persiapan untuk pelaksanaan tahun hadapan.

“Kalau kita buat spekulasi dan bercakap lebih banyak (tentang jawatan menteri KPDN) , lagi lambat Perdana Menteri isi (jawatan) ini, jadi kita tunggu sahaja,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sijil Kelulusan Pendaftaran Francais dan Lesen Jualan Langsung di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kekosongan jawatan itu hampir dua bulan selepas kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai.

Armizan dilantik sebagai pemangku menteri KPDN pada 30 Julai lalu.

Sebelum ini, Anwar berkata, kekosongan jawatan menteri KPDN akan diisi secepat mungkin dan sesiapa yang mempunyai cadangan bagi mengisi jawatan terbabit, boleh menulis surat kepadanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya